Operasi pemeriksaan PUSPAKOM

Operasi pemeriksaan PUSPAKOM

July 12 2021

Sebagai makluman yang lebih jelas kepada orang ramai berhubung dengan operasi pemeriksaan PUSPAKOM dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berikut adalah status operasi Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM.

 

Di Selangor hanya PUSPAKOM SG. BESAR SAHAJA BEROPERASI sementara semua Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang lain di Selangor termasuk Perkhidmatan Bergerak di daerah Lembah Klang

TIDAK BEROPERASI sehingga 16 Julai 2021. 

 

Manakala di Negeri Sembilan, PUSPAKOM  Seremban

TIDAK BEROPERASI sehingga 22 Julai 2021. 

 

Bagi  pelanggan yang telah membuat temujanji di cawangan PUSPAKOM yang tidak beroperasi,

semua bayaran temujanji akan dikembalikan secara automatik. Untuk makluman orang ramai, 

semua  Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara termasuk Perkhidmatan Bergerak yang

tidak dikategorikan di dalam kawasan PKPD KEKAL BEROPERASI seperti biasa.

 

Nantikan makluman terkini di Facebook kami dari semasa ke semasa.

 

Pautan kenyataan media: https://www.puspakom.com.my/operasi-pemeriksaan-puspakom-dalam-tempoh-perintah-kawalan-pergerakan-diperketatkan-pkpd/

previous_news
next_news